31 Mei 2013

Razer Blade Pro

Razer sedia terkenal untuk aksesori dan komputer yang mengkhusukan kepada para peminat permainan video, dan hari ini, Razer secara rasminya mengumumkan komputer riba terbaru mereka, dikenali sebagai Razer Blade Pro.




                                                  Razer Blade Pro


Berbeza dengan kebanyakkan komputer riba gaming yang bersaiz besar, Razer Blade Pro membawakan rekabentuk yang nipis dan ringan, apatah lagi dalam kelas komputer riba dengan skrin bersaiz 17-inci.
Dari segi spesifikasi, Razer Blade Pro membawakan skrin bersaiz 17.3-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Intel Core (Haswell), memori sebanyak 8GB DDR3, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 765M (2GB GDDR5), ruangan storan 128/256/512GB SSD, serta dijana menggunakan sistem operasi Windows 8.
Selain daripada untuk tujuan gaming, ia juga boleh turut digunakan untuk tujuan kerja, apatah lagi dengan skrin HD penuh yang disertakan padanya memudahkan proses penyuntingan gambar dan video.

Razer Blade Pro ditawarkan pada harga bermula $2299.99 (~RM7055) dan akan ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan