15 April 2013

Samsung Galaxy S4 specs

Samsung Galaxy S4 (i9500) membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi 1080×1920 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa 5410.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan di Malaysia. Dengan penyenaraian dan pengesahan daripada pihak Sirim, mungkin kita akan mendengar mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi.
Berbeza dengan keluaran Galaxy S3 hanya membawa skrin 720 x 1280 pixels, 4.8 inches (~306 ppi pixel density) sahaja. Samsung satu jenama yang popular bagi penggemar-penggemar  yang menggunakan aplikasi android yang sentiasa membawa perubahan bagi  memastikan kepuasan kepada penggunanya.
Secara keseluruhannya, Samsung Galaxy S4 telah membawa perubahan yang lebih menarik dari generasi ke generasi yang sentiasa memberi kelainan kepada pengguna. Jadi, adakah anda menantikan pelancaran Galaxy S4 di Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan